SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN

Cerita Games!

November 3, 2009 Madie Tinggalkan komen

KOF XII (sumber: wikipedia)

Akhirnya, berjaya juga aku memiliki ‘King Of Fighters XII’ dan ‘Tekken 6′ untuk PS3. Bukan dibeli di Leeds tapi di Manchester. Memang tidak dinafikan, aku memang minat sangat dengan ‘games’ ini. Tapi sejak kebelakangan ini, selepas video arked diharamkan (baca: mesin game 2 kupang), aku semakin kurang mengikutinya tahun demi tahun.

Dari kedai video arked di Punca Emas, Seremban hingga balik ke Alor Star, City Game, pantang diajak pasti ‘bertapa’ di sana. Ini cerita lama, ‘zaman jahiliyah’ aku.

Kemudian beralih ke playstation, itu pun pinjam main Kasyah yang punya. Pinjam bukan sehari dua, berbulan lamanya. Itu pun cerita lama juga.

Zaman playstation 2, aku menumpang main bersama Pachat. Boleh main sahaja, tapi perasaan (feel) bermain arked lebih seronok.

Seronok kerana kita mencabar orang yang kita tidak kenali. Orang kata ‘king stay’, jadi mahu tidak mahu kena menang. Modal 2 kupang boleh main lama kalau jadi ‘king’. Macam-macam ragam, yang digelar ‘Master’ kerana kecekapan tekniknya dan macam-macam lagi. Suatu kenangan yang menyeronokkan.

Tekken 6 (sumber: wikipedia)

Categories: Aku, Memori Label:, ,

beWILDerwood!

November 2, 2009 Madie Tinggalkan komen

Gambar-gambar tempohari di ‘beWILDerwood’ (catatan) semasa kembara ke California, Great Yarmouth jajahan Norfolk.

Masa, Waktu dan Gelap

Oktober 28, 2009 Madie Tinggalkan komen

“dah gelap rupanya”, aku bermonolog sendiri.

Kubelek jam ditangan, sudah pukul 4.45 petang. Kupandang ke luar dari dalam, alam gelap benar.

Kurasa kerja terlebih masa, terlalu lama diselarikan dengan waktu. Badan cuba menyesuaikan keadaan, jam kerja belum cukup masanya.

Dalam keadaan musim sebegini, gelapnya bertandang awal, mata semakin meliuk-liuk menari waktu.

Semakin hari, semakin cepat masa berlalu, gelap alam semakin awal merangkak panjang ke siangnya.

Namun, rutin harian seperti biasa, cuma waktunya berbeza masa yang sama.

Masa dan waktu, berputar sentiasa menongkah satu sama lain.

Categories: Aku, Autumn Label:, ,

great… Great Yarmouth

Oktober 25, 2009 Madie Tinggalkan komen

Hari Pertama

Destinasinya adalah California Cliff Caravan di California, Great Yarmouth jajahan Norfolk. Tempatnya terletak di bahagian bawah kepulauan UK sebelah timur. Maka pada hari Jumaat 16/10/09 kami bertolak ke Norfolk dari Leeds. Perjalanan secara konvoi bersama keluarga E dan Eran.

20091016_19-CaliforniaCliff_400-04

Lotus Evora

Kami singgah di Norwich untuk ke kawasan ‘Group Lotus‘. Aku kurang info berkaitan Lotus ini, jadi kami sekadar membuat ‘lawatan sambil belajar’ di luarnya sambil menikmati secara dekat kereta-kereta Lotus Evora hasil Project Eagle 2008. Terasa bangga juga bila berada di sini, Malaysia (Proton mungkin, maaf kurang info) adalah pemegang terbesar sahamnya. Teringat kata-kata saudara yang bekerja di Lotus yang kami jumpa suatu ketika di Oxford dahulu.

Langsung dari situ, kami teruskan perjalanan ke tempat caravan masing-masing. Kami sekeluarga tinggal di kawasan caravan yang berbeza dari keluarga E dan Eran, kami di California, ‘the real of California’. Bukan senang nak dapatkan caravan dengan harga murah sebegini, untuk 4 hari 3 malam cuma £10 (harga asas). Asalnya dari usaha Jayhan yang bersusah payah mengumpul kupon dari akhbar the sun (aku pun tak tau macamana, cuma terima kasih kepada dia sekeluarga sekali lagi kerana memberi peluang kepada kami untuk turut serta merasai pengalaman bercaravan sebegini rupa).

20091016_19-CaliforniaCliff_400-03

California Cliff Caravan, Great Yarmouth

Tempat caravan kami ini terletak dekat dengan pantai, demikian kami disambut dengan hembusan angin laut yang ‘garang’ pada sebelah petangnya. Hari tersebut, angin benar-benar bertiup kencang, boleh terasa gegarannya semasa berada di dalam caravan. Ditambah pula dengan mendung yang sekali sekala hujan renyai, sejuk sungguh terasa kali ini. Ruginya tidak membawa bersama pemanas boleh ubah. Pemanas cuma satu berada di ruang tamu sahaja.

Kami berkemas barang ke dalam caravan selepas mendaftar masuk. Kami diberi kunci caravan bernombor 25 Coaster, Jalan Dunlin. Berdasarkan peta tunjuk arah yang diberi di kaunter tadi, kami tiba di hadapan caravan tersebut. Kata orang, kalau hendak selesa lagi cuma perlu tambah beberapa pound lagi, tapi bagi kami, keadaan caravan sebegini pun sudah cukup.

Masa untuk berehat, masing-masing memanaskan badan di hadapan pemanas di ruang tamu. Sebelah malamnya, kami dijemput untuk makan malam pula di caravan E dan keluarganya di Cherry Tree Caravan semperna hari jadi Manja dan juga untuk Damia. Tempat mereka terletak di seberang pekan Great Yarmouth. Untuk sampai ke situ memakan masa hampir 20 minit, merentasi pekannya.

Read more…

Kembalinya Sejam

Oktober 24, 2009 Madie Tinggalkan komen
sumber: flickr

sumber: flickr

Pada jam 2.00 pagi BST (waktu musim panas) hari Ahad 25 Oktober 2009 maka jarum jam akan kembali satu jam ke belakang. Maknanya, sebaik pukul 2 pagi, jam akan kembali pukul 1 pagi semula bersamaan dengan waktu GMT.

Yang pasti, hari ini waktu tidur kurang terlebih sejam. Jam dinding kena putar balik kurang sejam, semua jam kena semak semula takut tersilap waktu.

Gelap semakin awal, masa terasa pendek.

Musim luruh sudah separuh perjalanannya, besok kurang sejam hendak mempotretkan kecantikan alam, harap mentari menyinar cemerlang.

Categories: Autumn, Kota Asing Label:,