Rumah > Coretan Perantau, Keluarga > Keberangkatan

Keberangkatan

Perantau 08/05/07:

keberangkatan-klia-03.jpg Kasihan mak, dalam keadaan demam yang agak panas sanggup datang bersama untuk menghantar anak menantu dan cucunya ke KLIA. Masih belum suspect demam mak yang panas ini.

Mungkin Allah hendak uji, selain demam mak yang panas, Damia pun tetiba turut demam panas tambahan chag dengan keretanya tayar pancit…mungkin ada hikmahNya,wallahhualam.

Kalau ikut jadual, pukul 530 ptg atau lepas Asar, kami akan bertolak namun apa yang terjadi pukul 930 mlm baru boleh kami bertolak. Kami singgah rehat di R&R Juru, sambil menunggu kereta chag dan kak cik. Demam mak semakin menjadi2 begitu juga dengan Damia.

Akhirnya, kami sampai di rumah di KU jam 4 pagi, Alhamdullillah semua selamat.

Perantau 09/05/07:

Pepagi lagi aku dah sebok, turun KL pergi money changer tuko duit, beli apa2 barang yang patut untuk dibawa.

Ringkas cerita, lepas maghrib kami bergerak ke KLIA.

keberangkatan-klia-05.jpgMasih terngiang2 gelak ketawa dan sembang nyembang kalian, terima kasih kepada semua yang sudi menghantar ayah, mak, abah, mak timah, chag, kak cik, adik din, adik wan, pak ya, kak sham, bang li dan keluarga, awis, syikin, sal, biha, aiman, afiqah, dibah, mat yazid serta mak ndak, mazat, wardah dan adam.

Terus terang, hati bercambur baur dengan gembira dan sedih meninggalkan kalian. Tambahan ini adalah kali pertama menaiki MAS / buss c KL-AMS. Namun kugagah jua menghadapi takdir yang bakal ku lalui ini.

Demam Damia pada petangnya nampak kebah, kini menjadi2 pula. Tambahan semasa menaiki speed train ke landasan, Damia menangis semahunya. Risau kami dibuatnya.

Alhamdullillah perjalanan kami dimudahkanNYA, Damia selesa tidur dan demam semakin kebah. Eizzah anak sulungku, bukan main girang, akhirnya terlelap, mungkin keletihan. Bergolak fikiranku memainkan kembali suka duka hari semalam di Malaysia.

Nampaknya masih ada esok untuk terus diterokai, tetap kulalui….

Categories: Coretan Perantau, Keluarga
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.