Kerja: Part Time
Hari ini, Rabu 01/08/07 masuk hari ke-2 aku bekerja di sebuah syarikat di Low Lane, Horsforth. Jarak hampir 4.3 batu, buat masa sekarang aku memandu ke pejabat.
Melalui agensi pekerjaan, aku ditawarkan kerja part time sebagai consultant programmer. Jadi, pembayaran gaji adalah melalui agen dan bukan datang dari kompeni yang sedang aku bekerja. Untuk itu, aku harus berdaftar dengan umbrella company (Parasol ltd) untuk memudahkan pengiraan cukai pendapatan dan cukai National Insurance (aku pun masih tak faham apa ke benda ini semua??)
Selepas berdaftar dengan umbrella company tersebut, aku dikehendaki menghantar salinan pasport (VISA dan bukti bekerja) serta beberapa butiran peribadi seperti alamat tempat tinggal, akaun bank dan NI nombor. Dengan berdaftar secara atas talian, aku dapat mengemaskini pembayaran gaji oleh pihak agensi pekerjaan. Berdasarkan conggakkan kasar, selepas dipotong bayaran cukai dan upah kepada agensi dan bla…bla.., berapa Pound sangat yang dapat yang boleh dimasukkan ke dalam akaun bank. Tetapi aku percaya, sebagai pengalaman pertama bekerja sebagai freelancer, harus aku mencuba.

“Bangunan tempat aku bekerja sebagai freelancer“
Berbalik kepada kerja part time, secara amnya, tempoh adalah selama 2 minggu bermula 31/07 hingga 14/08. Aku dikehendaki menaiktaraf beberapa modul dalam sistem yang sedia ada. Sistem Content Management System (CMS) dan Customer Relationship Management (ELI).
Untuk hari pertama, pening dan mengantuk membaca dokumen manual adhoc dan menyelusuri sistem mereka , tetapi boleh dikatakan manual tersebut banyak membantu aku memahami serba sedikit tentang sistem yang wujud dan digunapakai. Sistem dibangunkan menggunakan PHP5 dan mySQL 4. Kaedah framework dan template diadaptasi, selain beberapa API.
Untuk hari kedua, aku telah menyelesaikan task pertama, Alhamdullillah. Semoga aku terus suksess menghadapi task yang berikutnya.
Amnya, feel omputih ini tiada masa berhenti bekerja walaupun masuk waktu makan tengahari. Mereka lebih selesa memakan sandwich di tempat masing-masing. Aduh, mana nak cari nasi?
Hampir ke semua pekerja menggunakan slang Yorkshire, kebakuan pelat bahasa mencabar pendengaran untuk memahami.
Dan aku kembali berfikir logik sistem untuk selang masa selama mana aku telah meninggalkan OUM tempohari.
Habis waktu kerja jam 5.30 petang, aku bergegas ke tempat penjagaan untuk mengambil Eizzah dan Damia. Kemudian, selepas solat Asar aku bergegas ke tempat kerja di Pinsent Manson pula dengan menaiki bas.
Jam 8.45 malam, baru sampai ke rumah, sementara menunggu masuk Maghrib jam 9.10 malam, aku mengadap komputer. Press the blog!!
