Coretan Perantau – Selangkah!

di sini aku!

Nursery: Jaga Budak

leave a comment »

Masalah singkat bilamana, suami isteri bekerja atau belajar di sini. Andaikata, masa pagi sampai petang, masing-masing sibuk dengan kelas atau kerja. Anak-anak, siapa harus menjaga?

Kadar bayaran sebulan untuk Nursery berdaftar hampir £600, manakala untuk Nursery biasa (selalunya orang Malaysia) mengenakan bayaran £200 sebulan.

Jika sebelum ini, waktu pagi sampai petang, aku sebagai bapa mithali, mengambil inisiatif menjaga anak-anak, di mana isteri ke kelas di Universiti.

Petang sabtu, selepas menelefon beberapa kenalan dan bertanya tentang “penjagaan budak”, Alhamdullillah akhirnya seorang rakan dari UTM sedia menerima dan menjaga Eizzah dan Damia. Walaupun mereka suami isteri belajar di Universiti, tetapi mereka mempunyai seorang pembantu rumah yang menjaga kedua orang anak mereka. Pembantu rumah ini dibawa dari Malaysia.

Untuk tempoh penjagaan selama 2 minggu, bermula jam 8.45 pagi hingga 5.45 petang. Sesuai dengan tempoh dan waktu kerja sementara aku sebagai Consultant Programmer (Part-time).

Jarak ke tempat penjagaan hampir 2 batu setengah. Mereka menyewa kediaman Unipol, kiranya apartment mereka agak luas.

Eizzah dan Damia serasi berada di tempat penjagaan, Alhamdullillah.

Written by Madie

Ogos 1, 2007 pada 8:31 pm

Tinggalkan jawapan