Welcome to Eizzah’s Party

“Parti Eizzah“
Pada 13 Ogos yang lalu, sebaik sahaja pulang dari tempat kerja pada jam 8.30 malam, aku dikejutkan dengan sebuah parti kecil-kecilan anjuran anak sulungku, Eizzah.
Mulanya, aku ingatkan mereka berada di dalam bilik di tingkat atas, memandangkan lampu sudah dipadam ditingkat bawah. Terperanjat seketika, bilamana lampu dibuka, suasana di ruang bilik bawah tersusun lain dari biasa. Kemudian, Eizzah menyanggah ‘surprise’ dari atas tangga.
Otak berfikir langsung, ulangtahun atau atas alasan apa semua ini diadakan. Tiada hari istimewa yang mengena pada tarikh ini. Pelik. Kemudian, aku didatangi oleh Damia dan ibunya. Kata Eizzah, sengaja dia membuat ‘parti’ ini untuk aku, abahnya. Tersentuh sebentar hatiku.
Malam itu, kami dilayan sepenuhnya oleh Eizzah. Dari hidangan makanan dan minuman hinggakan ke cucian pinggan, semuanya dilakukan Eizzah. Semakin erat hubungan kami sekeluarga dibuatnya Eizzah. Alhamdulillah.
Walaupun ‘parti’ itu tidaklah sehebat mana, kesannya amat mendalam di benak hatiku. Insyallah, paling tidak nanti, kami akan adakan sambutan sebegini lagi setiap bulan.
Terima kasih Eizzah.

tahniah pada iezzah…siap ada party…lagi…
fauzie | kg benua
Ogos 23, 2007 at 12:44 pm
Eizzah cakap: “Uncle Gi, terima kasih”
MADIE
Ogos 23, 2007 at 8:37 pm