Salam Ramadhan Al Mubarak
Alhamdullillah, sekali lagi Insyaallah kita akan menjalani ibadat puasa tahun ini. Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatannya di dalam menempuhi ibadat puasa ini. Sama-samalah kita merebut peluang yang dikurniakan. Harapan agar puasa tahun ini lebih baik dan sempurna daripada tahun-tahun yang sebelumnya.
Hari ini, di dalam khutbah Jumaat di masjid Leeds Grand Mosque, khatib telah memberitahu akan hari bermulanya puasa ramadhan tahun ini, iaitu pada 13 September 2007 hari khamis mengikut tarikh yang sama dengan Masjidil Haram, Mekah. Khatib juga menyeru agar dipertingkatkan amalan pada bulan puasa dan merebut segala peluang pada bulan al mubarak ini. Dinyatakan juga tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan di masjid pada bulan puasa.
Insyaallah, untuk pengalaman berpuasa di perantauan ini, aku akan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Alhamdullillah, tempoh berpuasa untuk sehari pun tidaklah panjang, di mana untuk minggu terawal, waktu fajar (subuh) pada pukul 4.40 pagi dan maghrib dalam pukul 7.20 malam. Di hujung minggu terakhir, waktu fajar pada pukul 5.00 pagi dan maghrib pada pukul 6.50 petang.
Memetik kiriman saudara Azmi (ex OUM),
Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan
“Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak
Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.”Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat
dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat,
dan dilakukan pada hari Jumaat.
Demikian, aku (saya) memohon maaf andaikata selama perkenalan kita, tersinggung terkasar bahasa dan segalanya daripada kalian.
Salam Ramadhan.

duh, selamat berpuasa dan mohon maaf