Coretan Perantau – Selangkah!

di sini aku!

Sekolah: Semester Baru

leave a comment »

Eizzah RPS
Eizzah di hari pertama sesi persekolahan 2007/2008

Rabu lepas, 5 Sep. 2007, Eizzah memasuki semester baru tahun 3 sesi 2007/08 di Rosebank Primary School setelah bercuti summer hampir 2 bulan.

Kalau dikirakan mengikut tahun, umurnya baru 7 tahun tetapi di sini sudah berada di tahun 3 berdasarkan kiraan bulan tarikh lahir.

Pelajar tahun 3 ditempatkan di bangunan berasingan bersebelahan bangunan utama. Mereka kini lebih dititik beratkan dengan semangat kendiri, kata guru sekolahnya. Ibubapa tidak dibenarkan lagi untuk menjemput para pelajar di hadapan pintu kelas sebaliknya harus menunggu di laman hadapan sekolah.

Kata Eizzah, untuk minggu ini, mereka dibawa bersiar-siar di sekitar kawasan sekolah untuk mengenali tumbuh-tumbuhan dalam erti kata lain, sayangilah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Memang di sini, aktiviti berkumpulan dan berkomunikasi (sosial dan moral) lebih banyak berbanding aktiviti pendidikan subjek di dalam kelas. Subjek utama hanya bahasa Inggeris dan Matematik.
Mungkin Eizzah akan bertukar sekolah sekiranya kami berpindah rumah dalam pertengahan bulan September ini.

Written by Madie

September 7, 2007 pada 8:18 pm

Dikirim dalam Eizzah, Sekolah

Tinggalkan jawapan