Salam Aidil Fitri 2007

Hari baik dan bulan baik ini, mengambil berkat Ramadhan, kami sekeluarga dari perantauan, Leeds UK ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada kaum keluarga di kampung baik, kawan-kawan dan sahabat perjuangan serta semua kenalan.Andaikata di dalam perhubungan kita selama ini, tersalah cakap, terguris kata, terlajak amali baik secara sedar atau tidak, kupohon segenggam kemaafan atas keterlanjuran. Jangan disimpan di dalam hati, kelak merana badan. Kudoakan kalian mendapat rahmat Illahhi.
Bersamalah kita menghargai setiap detik bersama, bersyukur atas nikmat kehidupan dari Illahhi. Berwaspada semasa pulang berhari raya. Doaku agar kalian dipelihara olehNya setiap masa, Amin.
Ucapan Raya
Ucapan teristimewa untuk Mak dan Ayah di Kampung Benua. Kali ini di hari mulia, tidak dapat kucium tangan kalian memohon maaf, tidak dapat bersama berbuka puasa dan beraya, namun kuutuskan Salam Aidilfitri seikhlasnya untuk kalian. Mohon kemaafan dunia dan akhirat, anakmu di perantauan ini banyak menyusahkan kalian selama ini. Halalkan makan dan minum anakanda. Tiap-tiap titik peluh dan titisan susu dari kalian, moga Allah melipatgandakan ganjaranNya. Tidak terbalas budi kalian selama ini. Moga kalian merestui kehidupan anakanda.
Begitu juga kepada Mak Timah dan Abah Rahim, Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Kepada Chag dan keluarga, Kak Cik dan sekeluarga, Adik dan keluarga, Abang Ya dan sekeluarga serta Dek Wan, kami di sini memohon kemaafan zahir dan batin, Selamat Hari Raya.
Kepada sahabat-sahabat dan rakan seperjuangan (Malaysia & Leeds), terutamanya Fauzi dan keluarga, Man dan keluarga, Akasyah dan keluarga, Saiful dan keluarga, Mazat dan keluarga, Ajaque dan keluarga, Pakli dan keluarga, Pachat dan keluarga serta yang lain-lain yang tidak sempat untuk menulis nama kalian di sini, kami di perantauan sekali lagi memohon maaf zahir dan batin, Salam Aidilfitri.
Kalau hendak dicoretkan kesemuanya, memang tidak kesampaian, tetapi selagi nyawa dikandung badan, tidak akan kulupa jasa-jasa kalian bersama, baik di Malaysia mahupun di Leeds. Sungguh indah saat bersama kalian, sungguh aku merindui detik sebegitu di kala ini.
Salam Aidilfitri dari perantauan, maaf zahir dan batin.
-Leeds, 08 Oktober 2007-
-Madie, Syarifah, Eizzah & Damia-

A’kum.. selamat hari raya bro.. kali pertama kamu sekeluarga beraya di perantauan.. mungkin catatan pengalaman yg terindah..
ada hantar gambar bersama keluarga di paper malaysia ke.. ala.. macam student2 selalu duk buat tu..
p/s: jgn lupa fifa08 selepas cuti raya.. peace..
madie, salam aidilfitri maaf zahir batin. kat leeds kena zakat fitrah brp pound?
SALAM AIDILFITRI
Pachat:
tak payah antaq gambar kot, masuk blog sudah la.
fifa08, sudah semestinya…cayok-cayok
Pitt:
kalau ikut masjid sini, 3 pound sorang
p/s: hang baca balik komen hang pasai anak sedara hari tu, somebody tanya pasai hang..apa ni pak menakan tak glamer pung…kuii..kuiii..
SALAM
keskeskeskes!!!!huhuhuhu!!!!
~pitt
aku dah left a note kat sana…baca la. hehehee…biasa la nama banyak sangat tu!
tengah layan pearl jam ni…
….Plaque on the wall says that no one’s slept here
It’s rare to come upon a bridge that has not been around
Or been stepped on….
~pitt
pearl jam lagi…tak jam kapla ka…layan la indie rock plak..