Cuti dan Majlis Raya
Sudah nasib perantau, bertandang di negara orang, tiada cuti umum untuk Hari Raya Aidilfitri sebagaimana di Malaysia. Alhamdullillah, hari raya pertama jatuh pada hari Sabtu. Bermakna, 2 hari pada hujung minggu adalah cuti untuk beraya.
Aku telah memohon cuti tahunan untuk hari raya ketiga dan keempat. Berdasarkan perancangan kami, pada tengahari hari raya kedua, kami akan bertolak ke Northampton sekali lagi untuk beraya di rumah saudara di sana dan kemudiannya akan bergerak ke Wales, rumah kenalan Melayu.
Untuk hari raya pertama, telah dirancang untuk mengadakan rumah terbuka bersama komuniti Melayu di persekitaran Leeds University. Majlis bergotong royong akan diadakan seawal hari jumaat. Persiapan merebus nasi himpit, penyediaan satay, berhimpun membantu membina khemah-khemah gazebo, penyediaan makanan secara individu dan berkumpulan dan sebagainya.
Hari raya kedua akan diadakan Majlis Raya Sakan, yang akan diadakan di persekitaran Hare Hill dianjurkan oleh komuniti Melayu di sana.
Selain bertujuan untuk menyambut perayaan Aidilfitri, majlis ini diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan memperatkan tali silaturrahim bersama. Dengan perlaksanaan majlis ini sedikit sebanyak terubat kerinduan perayaan Aidilfitri di kampung.
Salam Aidilfitri.
