Coretan Perantau – Selangkah!

di sini aku!

Eizzah dan Sekolah

leave a comment »

Hari Isnin 08/10/2007, Eizzah mula bersekolah di sekolah baru, Quarry Mount Primary School (QMPS) dalam tahun 3.

Jarak QMPS dengan kawasan rumah lebih kurang setengah batu. Jadi tiada masalah untuk berjalan ke sekolah. Kebiasaannya, pada waktu pagi, aku akan menghantar Eizzah ke sekolah dan ibunya akan mengambil pada waktu petang sewaktu pulang dari sekolah.

Quarry Mount PS- Year 4 artwork
Artwork pelajar tahun 4

Terdapat pelajar-pelajar Melayu belajar di sini, yang rata-ratanya tinggal di kawasan yang sama dengan kami. Eizzah mempunyai rakan perempuan Melayu juga. Setakat seminggu semuanya berjalan dengan lancar, interaksi bersama guru-guru sangat menggalakkan. Khamis esoknya, akan diadakan perjumpaan pertama sesi baru persekolahan antara guru kelas dan ibubapa pelajar untuk sesi penerangan secara ringkas tentang modul dan perkembangan pelajar.

Written by Madie

Oktober 10, 2007 pada 6:02 pm

Dikirim dalam Eizzah, Sekolah

Tinggalkan jawapan