Bungkusan Kuih Raya

“Bungkusan kuih raya, sampai juga akhirnya“
Alhamdullillah, setelah seminggu bersusah payah mempermudahkan proses penghantaran bungkusan kuih raya ke Leeds dari Malaysia, akhirnya pada hari Rabu 10 Oktober 2007, bungkusan ini selamat tiba. Pelbagai alasan pihak Pos Malaysia untuk menghalang penghantaran, malas hendak komen mengenai perkara tersebut, cukup mengatakan mereka menurut arahan mungkin.
Bergelut untuk menghantar kuih raya ke sini, terima kasih yang amat sangat kepada Kak Cik dan suami serta keluarganya di Pulau Pinang. Sedikit sebanyak, terubat kerinduan untuk merasai kuih raya di hari mulia ini.
Sebenarnya, bungkusan ini telah sampai di universiti (alamat yang dihantar) pada hari Isnin yang lepas. Tetapi tidak dituntut memandangkan isteri tidak menghadiri ke kelas di universiti. Dia terpaksa mengambil day off, ini kerana Damia mengalami demam selsema. Pada hal, kami sendiri tidak menyangka kecepatan masa yang diambil untuk bungkusan itu sampai di sini, maklum sahaja pihak UK Royal Mail telah mengadakan strike pada minggu ini. Semua proses penghantaran pos dibekukan mengikut jadual strike.
Kondisi kuih-kuih boleh dikatakan dalam keadaan selamat. Penting, bagi kita membungkus secara selamat barangan yang hendak dipos, agar tidak rosak semasa dalam perjalanan pengeposan. Tambahan, dilekatkan juga pelekat ‘mudah pecah’ di luar kotak bungkusan.
Walaupun sedikit sebanyak terkilan tidak dapat merasa rendang yang khusus diorder dari sahabatku Fauzi, yang gagal mempos bungkusan tersebut. Alasan yang diberi pihak Pos Malaysia membosankan dan linean. Mungkin di lain kali.
Apa-apa hal, diucapkan terima kasih atas susah payah dan kerjasama pihak Kak Cik menghantar bungkusan kuih raya ke sini. Meriah kembali sambutan raya di sini dengan kehadiran kuih-kuih tersebut.
Ada kuih bauhulu, meneram, tat, maruku dan kuih-kuih yang lain. Dan pada jam tibanya di rumah, Eizzah terus sahaja membuka bungkusan tersebut. Dia telah “merasmi” hampir kesemua jenis kuih tersebut. Girang.

untul maklumat tuan pihak kami
bukan yer tak nak terime barang tu
tapi di sebab
kan oleh peraturan yang telah tetap kan oleh kastam
dan negare nagare tempat yang hendak diterima barang tu
diorang yang tak kasi
harap maklom