Rumah > Adilfitri > Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2007

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2007

20071013_openhouseraya_holbornshay_03.jpg
banner gantung

Tanggal 13 Oktober 2007, jam 12 tengahari maka bermulalah Majlis Rumah terbuka Aidilfitri 2007, anjuran keluarga Melayu kawasan universiti (Holborn & Shay) dan Kirkstall. Berkat ketabahan dan perancangan yang teliti pihak penganjur telah berjaya mengumpul 17 keluarga untuk bergabung tenaga menjayakan majlis ini.

Majlis dilangsungkan di kawasan outdoor kediaman Holborn. Turut menghadiri adalah pelajar-pelajar Melayu samada bujang atau berkeluarga dari luar kawasan kediaman universiti. Penduduk bersebelahan yang bukan Melayu turut dijemput untuk memeriahkan lagi suasana.

Pada petang Jumaat sebelumnya, 5 buah gazebo telah didirikan. Dua daripadanya adalah sumbangan bersama pihak penganjur iaitu keluarga yang terlibat di dalam majlis ini. Semangat bekerjasama, di mana sumbangan, bantuan tenaga dan peralatan diberi bagi menyempurnakannya.

Malam Sabtu adalah kemuncak persediaan, di mana hampir 1300 pucuk satay, memasak kuah kacang dan merebus nasi himpit diadakan. Keadaan malam tersebut sungguh meriah, seketika kerinduan beraya di kampung tenggelam bersama kesebokkan menyediakan peralatan dan persediaan majlis. Jam 2 pagi, semua persediaan wajib selesai dijalankan. Masing-masing kembali ke rumah, berehat dan tidur.

20071013_openhouseraya_holbornshay_01.JPG
proses mencucuk satay pada malamnya

Jam 9 pagi, solat Aidilfitri berjemaah di Masjid Grand Mosque. Jam 10 pagi diadakan jamuan hari raya di masjid dan penyampaian sumbangan hadiah untuk anak-anak kariah yang berdaftar diadakan pada jam 11 pagi di sana.

Pembahagian kerja secara sukarela sedikit sebanyak melancarkan perjalanan majlis tersebut yang berakhir jam 5.30 petang. Juadah makanan seperti nasi kerabu dan pilau, laksa johor dan penang, bihun sup dan goreng, soto dan nasi himpit dan juga satay serta beberapa juadah yang lain disediakan. Sudah pasti di tempat satay akan dipenuhi ramai orang yang menunggu giliran untuk merasa satay yang siap dibakar dan sedang panas. Minuman berjus dan panas (teh tarik) juga disediakan.

20071013_openhouseraya_holbornshay_04.JPG
resipi satay istimewa

Pukul 1.30 tegahari adalah waktu puncak, kebanyakkan tetamu hadir pada waktu ini. Alhamdullillah tidak berlaku kesesakan mendapat makanan, semuanya terkawal. Selain muka-muka lama, terdapat pelajar-pelajar baru undergrate yang datang, mereka ini baru sahaja sampai di Leeds hampir 1 1/2 yang lepas. Bersalaman dan bermaafan di hari lembaran, berkenalan antara satu sama lain, bertanya khabar dan sebagainya sesama.
Gembira rasanya dapat melihat keriangan beraya di riak wajah masing-masing, betapa hubungan ukhwah sesama begitu erat dan baru kusedar tentang ramainya orang Melayu di Leeds ini. Tidak kurang dari 200 ratus orang Melayu yang datang tidak termasuk kanak-kanak dan bangsa yang lain, biarpun cuaca pada hari ini agak mendung dan shower.

20071013_openhouseraya_holbornshay_05.JPG

Mak Long sekeluarga dari Northampton turut hadir ke majlis ini seawal jam 12 tengahari. Yang pada awal perancangan, kami yang akan menziarahi dan beraya ke sana. Mereka bersama-sama meraikan majlis yang diadakan. Uncle David dan anak-anaknya tidak melepaskan peluang untuk merasai juadah-juadah Melayu yang jarang-jarang diperolehi di sini.

Masa terus berlalu, majlis tidak putus-putus dihadiri oleh tetamu. Syukur, makanan yang disediakan cukup seperti mana yang dirancangkan. Majlis ditutup pada jam 5 petang, jaduah-jaduah yang berlebihan diagih bersama, proses pembersihan kawasan diadakan. Cukup sempurna, masing-masing membantu, jam .15 petang, siap semuanya dan masing -masing beransur-ansur pulang ke rumah dalam senyuman. Insyaallah di lain kali kita diketemukan semula.

Walaupun tiba di rumah dalam keletihan, Alhamdullillah perjalanan majlis cukup baik. Terima kasih kepada keluarga-keluarga yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga kepada tetamu yang sudi hadir untuk memeriahkan lagi suasana pada hari ini. Semoga Allah meredhai niat ikhlas kita bersama, amin.

20071013_openhouseraya_holbornshay_06.JPG
antara penganjur, kalian memang hebat

Ulasan pengerusi majlis, Dr. Basa:

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis kita siang tadi. Secara sepintas lalu, pada pandangan saya perjalanan majlis telah berlangsung dengan amat baik dengan sambutan yang menggalakkan. Sejak jam 12.30 ptg, kadar kehadiran tetamu agak tetap/konstant di mana ruang di bawah gazebo dan tempat duduk digunakan sepenuhnya sehinggan melimpah ke rumah Jo dan Amin.Terima kasih, khusus kepada mereka serta kepada Jayhan dan E yang membenarkan rumah mereka digunakan sebagai ruang rehat dan ‘escape’ bagi mereka yang kepenatan dan berkeperluan. Rata rata para hadirin telah meluangkan masa antara 1 – 2 jam dan telah menggunakan masa untuk berinteraksi antara satu sama lain ambil menjamu selera. Alhamdulillah, kita tidak kekurangan makanan dgn menu utama sentiasa disajikan disepanjang majlis dan kita juga dapat membawa pulang sedikit sebanyak unutk makam malam. Sehinggalah sekitar jam 3.00 -3.30 ptg barulah kehadiran tetamu mula berkurangan walaupun ada yang masih baru sampai selepas jam 4.00ptg. Ringkasnya, majlis kita telah berlangsung dgn sukses.  Tahniah sekali lagi kepada semua.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Sebuah catatan di hari raya aidilfitri, Leeds 2007

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.