Blog!!
Semalam, buka laman web gadget, layan HTC Touch Cruise lagi, ubah lagi tarikhnya. Januari tahun depan baru stok ada. Aduss!! Mula-mula dulu, November 2007, kemudian ubah Disember 2007. Apa yang tidak kena? Malas nak komen.
Nekad, hari ahad minggu ini, turun city lagi. Nak ronda kedai-kedai telefon sini. Untung-untung ada yang berkenan. Ada Christmas Sale, mesti ada yang murah ni. Tengokla nanti.
WordPress pun buat hal minggu ini. Kasi automatik terjemah bahasa mengikut bahasa pilihan yang disetkan dalam profile. Habis semua perkataan ditukar kepada Bahasa Melayu. Agak-agak la (pinjam ayat Faiz, adik Pakli), lain benar bunyinya. Aku cukup berbangga berbahasakan Bahasa Melayu (tulisan JAWI).Tetapi dalam kes macam ini, baik pakai Bahasa Inggeris, tak la janggal bunyinya.
Semalam, syukur Alhamdullillah, aku diserap sebagai pekerja tetap di kompeni yang aku kerja sekarang. Tempoh percubaan 3 bulan mendatangkan hasil. Lulus cemerlang, biasala omputih suka puji memuji, jadi banyakla perkataan menyanjung dalam surat tawaran tu.
Sudah 2 malam, aku tidur awal, jam 8 malam sudah ‘ghaib’. Bangun awal pagi, selesaikan perkara ‘wajib’ dan ’sunat’. Kemudian layan FIFA08 dan sambung buat kerja part time. Awal tahun projek fasa 1 mesti siap. Kena pulun sket.
