Coretan Perantau – Selangkah!

di sini aku!

Eizzah di QMPS

leave a comment »

Lama tidak mengadakan entri berkaitan dengan suasana pembelajaran Eizzah di Primary School. Kebetulan, hari rabu seperti minggu sebelumnya, ibu bapa dijemput untuk memerhatikan secara dekat latihan drama semperna Hari Diwali yang lalu.

Maaf Eizzah, abah tidak dapat hadir melainkan ibu seorang yang pergi. Secara umumnya, semua pelajar terlibat dalam latihan drama ini. Objektifnya, untuk melatih para pelajar memahirkan diri dalam skill berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris.

Di sini, pelajar sekolah rendah banyak didedahkan dengan skill berkomunikasi dan kendiri. Memang berbeza daripada teknik pembelajaran yang diterapkan di peringkat sekolah rendah di Malaysia.

20071122_qmps_01.jpg
latihan drama, Diwali Day

20071122_qmps_02.jpg
“Eizzah turut mengambil bahagian”

20071122_qmps_03.jpg
Eizzah bergambar dengan Mrs. Robinson

Written by Madie

Disember 9, 2007 pada 11:00 pm

Dikirim dalam Eizzah

Tinggalkan jawapan