Rumah > Coretan Perantau, Teh Tarik > Teh Garaj Beku

Teh Garaj Beku

Purata suhu di sekitar Leeds adalah 2°c hingga 4°c pada siang hari. Malamnya ada kala sudah -2°c. Nampak gayanya, operasi teh garaj yang diadakan setiap malam ahad terpaksa dibatalkan berikutan kesejukan tahap beku.

Malam rabu lepas, aku dan E serta Joe cuba ‘lepak’ di garaj. Bersembang mengenai plan konvoi untuk cuti krismas dan tahun baru. Sejam kemudian, masing-masing sudah kesejukan. Tak sanggup untuk melanjutkan masa lagi. Beredar.

Joe mencadangkan agar pertemuan diadakan kembali di Restoran Charcoal, Hare Hill pada setiap malam ahad. Idea menarik. Boleh diterima pakai. Di sana nanti, cuma perlu order chicken wing satu set setiap 2 orang, manakala air teh tarik adalah percuma.

Mungkin selepas balik dari sana, kami boleh ‘lepak‘ sekejap di garaj, pasang unggun api. Hendak cuba lagi, berapa lama boleh tahan dalam kesejukan. Atau garaj ditutup langsung selama musim sejuk ini hingga suhu yang normal kembali agar teh garaj tidak lagi beku.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.