Rumah > Damia, Eizzah, Nilai Hidup > Damia Demam

Damia Demam

20071224_eizzah-damia.jpg
Eizzah dan Damia (selsema)

Pagi seawal jam 8, telefon Hyde Park Surgery buat temujanji dengan doktor. Mungkin hari ini tidak ramai orang, temujanji dijadualkan jam 10.20 pagi.

Sampai di klinik seperti yang dirancang, lebih kurang 20 minit kemudian, giliran Damia dipanggil untuk bertemu dengan doktor. Damia demam biasa, sedikit batuk dan selsema dan juga mata berair. Kata doktor, normal seperti ini kerana sekarang musim sejuk. Benar juga, ramai pesakit yang datang mendapatkan perkhidmatan di situ.

Setelah mendapat preskripsi dari doktor, kami mendapatkan ubat di Boots Phamarcy. Segalanya percuma untuk pesakit di bawah umur 16 tahun. Temujanji dan pemeriksaan dari doktor adalah percuma di sini, tiada ubat diberi hanya preskripsi ubat sahaja yang diberi. Ubat harus dibeli dari farmasi.

Aku lebih tertarik dengan sistem berkomputer di sini di klinik. Dari pendaftaran dan maklumat pesakit dimasukkan di dalam pengkalan data. Dari segi masa, proses pendaftaran dan pencarian maklumat lebih cepat. Rekod pesakit dan ubat-ubatan senang dicapai. Memang efisen berbanding kaedah tulis menggunakan kad rekod. Doktor pula akan mencatatkan (taip di dalam sistem) preskripsi ubat dengan terang dan jelas, mudah bagi pesakit untuk mengenal jenis dan nama ubat yang akan diambilnya.

Dikira dari segi layanan, mesra pelanggan juga. Di kaunter, layanan ramah dari petugas kaunter hinggalah ke doktor. Benar, kalau kita sakit, sekiranya dapat tengok senyuman dari petugas boleh sekurang-kurangnya 10% sudah menyembuhkannya.

Damia seperti biasa memang suka makan ubat berbanding dengan kakaknya Eizzah. Selalunya, kalau demam sebegini tandanya mahu masuk bulan baru, bertambah usia. Semoga Allah memelihara kami di sini baik dari segi kesihatan, kehidupan dan sebagainya, Amin.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.