Kereta Oh Kereta
Ragam kereta aku buat lagi. Awal pagi, hari ‘boxing day‘, aku dah kena ‘boxing‘ dengan kereta sendiri. Malas cakap banyak, kereta dah buat perangai lagi. Teruk kali ini, sudahlah enjin memekak sepagi, semput pula tak nak jalan. Cukup lengkap sakitnya.
Hari itu sudah servis, servis ringan sahaja. Sah, hendak diservis berat kalau sudah sebegini rupa. Tersadai di depan blok. Hujung bulan, cukai jalan pun mati. Sekali dia buat perangai, meleret nampaknya.
Biar la dulu, malas hendak fikir. Biar aku rasa kembali saat mula-mula sampai dahulu. Tiada kereta, selesa berjalan kaki. Naik bas percuma. Tapi sampai bila?
Categories: kereta
