Rumah > Coretan Perantau, Nilai Hidup > Titipan Tahun Baru

Titipan Tahun Baru

Alhamdullillah, masih diberi kesempatan menghirup udara tahun baru 2008 dan tahun baru 1420 Hijrah. Resolusi tahun ini semoga menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.

Awal tahun 2008, nampak kalut segalanya, lari dari segala perancangan. Syukur padaNya memberi hidayah dan laluan menyelesaikan segala kekusutan. Terima kasih kepada kawan-kawan di sini yang sudi membantu mempermudahkan urusan.

Keluarga baru dari Malaysia yang menumpang rumah seketika hari, kini sudah mendapat rumah sewa sendiri. Masalah kesihatan ayah di Malaysia, sedikit sebanyak sudah pulih. Masalah tuntutan insurans kemalangan kereta dapat sudah diselesai pada peringkat ini. Eizzah pun sudah bersekolah kembali selepas bercuti 2 minggu pada hari selasa lepas.

Cuma yang tinggal masalah kereta. Kata orang “Pelan-pelan kayuh“. Mencari titik noktah, samada meneruskan memperbaiki kereta yang ini atau mencari penganti baru untuknya. Seminggu menggunakan perkhidmatan bas harian. Untuk itu, dibeli tiket mingguan bagi memudahkan perjalanan. Belajar kembali menapak seperti keadaan seawal tiba di Leeds dahulu. Isteri berjalan ke kelasnya, Eizzah berjalan ke sekolah.

Malam Jumaat (10 Jan 2008) telah diadakan bacaaan Yasin dan doa tahlil di Beeston, rumah Abang Din. Selepas bacaan Yassin, diadakan pula sesi suaikenal lagi sesama yang hadir. Dilanjutkan dengan majlis tazkirah “Siapa aku?“, oleh Ustaz Daud.

Sesungguhnya, kita tidak pasti dan tidak tahu apa akan berlaku pada kita pada kemudian harinya. Kita mengazamkan diri dengan pelbagai resolusi, pelbagai perancangan untuk hari esok, tapi kita masih belum tahu, samada dapat atau tidak ianya dilaksanakan atau hasilnya. Kita wajib mempercayai Qada dan Qadar tentuan Ilahhi. Untuk itu kita wajib berusaha menentukan jalan bagi mencapai matlamat selaras dengan tuntutan Islam. Logiknya kalau kita berusaha di situ ada jalannya. Siapa sangka untuk kita menjadi kita pada hari ini dan seterusnya. Salam Maal Hijrah.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.