yang ditunggu sudah tiba…
Alhamdullillah, akhirnya suatu penantian yang panjang sudah terjawab, yang ditunggu sudah tiba.
17/01/2008 aku telah mendapat email respon balas dari pihak devicewire berkenaan stok HTC Touch Cruise yang sudah berada di pasaran. Selepas meneliti sekali lagi produk tersebut, aku membuat tempahan online. Malas untuk teragak-agak lagi, sudah lama menanti ketibaanya. Mengambil penuh risiko kemungkinan perubahan tarikh sekali lagi dan lagi seperti yang berlaku di expansys. Kali ini aku nekad, kalau berlaku perubahan tarikh, cukup setakat ini. Biar sahaja Touch Cruise ini menjelma sebagai Orbit XDA II.
Jam 3 pagi 18/01/2008, berlangsungnya penempahan secara online. Mula terbayang ketidaksabaran menunggu hari Isnin akan datang. Teruja dengannya. Pagi tidur tidak lena. Sempat pula sebelum itu bermain FIFA08 secara online dengan hati yang tidak tenang. Jam 9 pagi, stok 200 unit sudah habis ditempah orang. Macam pisang goreng, laris.
Pagi Sabtu, hampir jam 10, kedengaran loceng pagar luar dibunyi.
“Mr. Othman, you got a parcel.” Sah, semakin teruja jadinya. Barangan yang diorder sudah tiba. Cuma sehari, cargas sungguh. Tidak sabar aku membuka bungkusan, membelek apa yang ada di dalamnya.
Puas hati, Touch Cruise yang diidam kini dalam genggaman.

“Touch Cruise dibuka dari kotak“
Baca entri berkaitan: Revolusi Touch Screen Telefon Bimbit, Sabtu Pindah Rumah Jamuan Ziarah dan Teh Garaj

makin mantap le….tech…nanti beli satu wat balik malaysia…
nanti la..
htc touch cruise… dah masuk malaysia… nak tanya… ok ka? kalau bandingkan dgn tytn II mcm mn?
hehehe… ada ati juga nie nak pakai pda… kalau cukup budget… nak yg ada 3g, gps laa…
bagi komen skit…
hang balik mai cni bila?
pak jang habaq kata hampa nakbalik cni, tp x tau bila…
aku baru dapat anak, 22 april = 14 rabi’ul awal
anak perempuan, insya-Allah… namanya timangan BALQIS…
nama penuh QISTINA BALQIS…
dilahirkan d Kpg Baru Medical Ctr jg….
hehehe…
d.e pun dah dapat anak, lelaki…
isteri dia kena bedah, x tau knp… aku x tanya dia pun…
kat hospital besaq yg baru tue…
la nie aku jadi ejen saham amanah… utk Public Mutual…
hehehe… saja cari jalan masuk income skit…
nak join? kekeke…
tahun lepas aku ada simpan skit kat saham amanah ni…
tetiba ja tahun nie ambik exam jadi ejen…
http://www.publicmutual.com.my
k laaa….
semoga semua slamat dan berada d bwh lindungan n rahmat-Nya…
amin
Salam,
HTC Touch Cruise (HTC) tidak ada keyboard.
Tytn II sebaliknya.
HTC lebih murah berbanding TytnII.
HTC lebih laju dari Tytn II.
Lain-lain spec. lebih kurang.
soalan: berapa harga HTC kat M’sia?
—————————
Cerita balik M’sia, nanti aku hebahkan alam blog.
TAHNIAH pada hang dan isteri serta keluarga kerana mendapat orang baru.
TAHNIAH juga pada Dik E.
Semoga hangpa sukses kesemuanya.Amin.
Nanti aku layan web amanah saham ni. La tak cukup rajin.
// ————————————- //
// — New Soul for a New Dawn — //
// ————————————- //