Rumah > Coretan Perantau, Damia, Eizzah, Keluarga > Siang Panas, Malam Sejuk

Siang Panas, Malam Sejuk

Sukar ditentukan musim apa sekarang yang melanda kawasan di sini. Masihkah lagi musim sejuk, yang suhu siangnya sudah mencecah lebih 10 °C dan pada malamnya suhu turun hingga ke 0 °C. Kalau tidak silap perkiraan, baru 2 kali salji turun di kawasan ini, sedangkan sekadar memutih jalan sahaja.

Kedapatan, sesetengah kawasan yang dilaporkan di dalam berita BBC, bunga sudah keluar. Malah dalam perjalanan pulang dari carboot Dewsburry siang tadi, terdapat sebatang dua pokok di tepi jalan memutihkan bunganya. Sesungguhnya Maha Suci Allah Taala di atas segala kejadianNya.

20080203_iceskate_01.jpg

Sabtu 2 minggu lepas, sekali lagi Eizzah berpeluang bermain ice skating di Leeds Millennium Square. Suatu acara berkumpulan di atur untuk menjayakan acara ini. Seramai 27 orang kanak-kanak dan penjaga mengikutinya. Acara ini dilaksanakan dengan terancang oleh saudara Basa dengan jayanya di bawah MSCL, syabas. Baca di sini.

20080203_iceskate_02.jpg

Hanya Eizzah sebagai wakil pasukan keluarga kami. Mak Timah dan Damia juga turut ikut serta sekadar menjadi penonton dari luar gelanggang. Terasa sudah sekian lama, mereka tidak dibawa keluar sebegini rupa. Eizzah semakin berjaya mengawal pergerakannya di atas ais. Sekali sekala cuba meluncurkan diri. Memang sukar untuk bergerak bagi mereka yang baru belajar bermain luncur ais sedemikian rupa, apa tidaknya hari tersebut terlalu ramai orang yang turut serta. Mungkin cuaca sebelah siangnya agak panas, jadi semakin ramai orang yang keluar dari kepompong kesejukkan untuk merasai bahang panas di luar.

20080203_iceskate_03.jpg

Sehari sebelumnya, kami menziarahi rakan sekolej isteri di Bradford, sambil singgah di kedai borong di sana untuk membeli barangan mentah dan dapur. Almaklum, kereta sudah ada dan kini kaki mula melangkah panjang. Paginya, salji turun di kawasan ini sejak jam 6 pagi. Sedar tidak sedar, salji di luar semakin cair. Di dalam perjalanan ke Bradford, kelihatan bukit-bukit yang memutih diselaputi salji. Kata rakan di sana, salji yang turun pada paginya lebih tebal dari sebelumnya. Sebelah malamnya, baru kami bergerak pulang ke Leeds.

salji.jpg

Seperti biasa, sabtu malam diadakan aktiviti ‘bara berembun‘ di garaj. Diadakan BBQ daging burger yang sempat dibeli di Bradford pada sebelah siangnya. Suhu malam semakin menurun, terasa kesejukkannya.

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.