Kisah Eizzah
“Kakak hendak buat parti besday, macam kawan yang hari tu“.
“Kita buat kat rumah sekali, kalau boleh kakak bawa juga kek besday ke sekolah“.
“Nanti kita balik Malaysia, kita buat sekali lagi…kesian Dibah kat sana, jemput sekali Kak Ila, Biha, semua sekali“.
Eizzah mula merancang tentang majlis hari jadinya. Kali ini, sengaja membiarkan Eizzah mengatur acara majlisnya sendiri.
“Kakak hendak buat parti yang macamana?“, soalku.
“Ok, nanti kakak tulis, apa yang patut abah sediakan.” Balas Eizzah.
Mahu tidak mahu, sejak 2 hari lepas, balik dari kerja, kami mula bersiap sedia membeli barang keperluan untuk persiapan majlis. Rumah pun sudah sedia dikemas. Eizzah sudah menghiaskan ruangan majlis dan sebagainya.
Hari Khamis, 20 Mac bersamaan hari Maulidur Rasul adalah hari ulang tahun Eizzah yang ke 8 tahun mengikut perkiraan kalendar masehi. Majlis akan diadakan sebelah petang dan jemputan terdiri daripada kanak-kanak, rakan-rakan Eizzah dan kaum wanita sahaja.
Damia juga turut membantu serta menyebokkan diri dalam penyediaan belon-belon. Sekali sekala, Damia membebel memarahi kakaknya dalam bahasanya sendiri. Entah apa yang dikatakannya. Cukup memeriahkan suasana.
