Eizzah 8 Tahun

Selamat Ulang tahun ke 8 Eizzah. Genap 8 tahun umur Eizzah, puteri sulungku mengikut pengiraan kalendar Masehi.
Petang Khamis 20 Mac diadakan majlis sambutan hari kelahirannya. Majlis diadakan pada pukul 6 petang, pun begitu kaum-kaum ibu di kawasan kejiranan sudah mula datang seawalnya untuk membantu menyediakan perjalanan majlis.
Walaupun majlis diadakan secara sederhana, tetapi ia cukup meriah. Ramai kawan-kawan sekolah Eizzah yang datang. Ada diantaranya yang berbeza bangsa, baik Melayu, India dan juga Arab. Mereka adalah rakan sekolah yang sama dan tinggal di kawasan kejiranan yang sama.
Sebaik pulang dari kerja, Eizzah mengumpulkan kawan-kawannya untuk acara memotong kek. Perihal budak-budak, berkumpul beramai-ramai, makanan terhidang di meja, tetapi yang lebih utama adalah main. Selepas merasai beberapa potong kek dan kuih, mereka ligat kembali bermain bersama.
Pada awalnya, majlis disediakan untuk kaum ibu dan kanak-kanak sahaja, hingga ke jam 8 malam, bapa-bapa pula dijemput bersama-sama untuk memeriahkan majlis. Rata-rata, baru sahaja pulang dari kerja sebelah petangnya.

“Acara memotong kek, Eizzah menyusun lilin”

“Damia memerhati dari belakang”

“Damia, demam selsema baru bermula”
Lain pula halnya dengan Damia, tiba-tiba pada awal paginya, dia dijangkiti demam selsema. Walaupun begitu, Damia tetap sepertinya, ramah dan berinteraktif biarpun tidak seligat seperti biasa.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi datang memeriahkan majlis hari lahir Eizzah.
asdasda
