BBQ Ikan la pulak…
Sabtu malam, tiba sahaja di Holborn selepas balik dari memancing satu hari, kami pakat-pakat berbincang, apa hendak dibuat dengan ikan-ikan yang dibawa balik. Kalau hendak membahagi sesama jiran-jiran Holborn, memang boleh, tetapi nampak tidak meriah. Baik diadakan BBQ Ikan, pakat-pakat datang memeriahkan suasana. Bagus betul cadangan Encik Basa, maklum sahaja, hari semakin dekat untuk balik ke Malaysia.
Malam tersebut juga, balik ke rumah, aku terus menghantar email kepada ahli-ahli garaj holborn tentang BBQ ikan ini. Tidak cukup dengan email, Basa sendiri kalut menelefon rakan-rakan yang lain.
Rancangan untuk diadakan BBQ Ikan Mackerel dan juga laksa sebagai hidangan utama. Seperti biasa juga, rakan-rakan yang lain akan menyediakan makanan sampingan (pot luck).

Pagi Ahad, E terus sahaja menelefon aku dari kota London bertanyakan pasal BBQ Ikan. Tak senang duduk nampak gayanya, bersiap-siap untuk balik ke Leeds pagi-pagi lagi, tidak mahu terlepas BBQ Ikan.
Pagi juga, Basa menempah laksa istimewa dari Ila dan keluarga. Alhamdullillah, mereka sudi untuk menerima dan menyiapkannya untuk jamuan tengahari nanti. Dan Nizam sudah tentu dengan air asamnya.


Sambil menunggu tengahari, aku membawa anak-anak bersiar-siar di taman Hydepark berdekatan Leeds University. Sekali sekala, bawa anak-anak berjalan dan bermain di taman permainanan kanak-kanak tambahan hari pun cerah dan panas, boleh merehatkan minda. Sejam setengah kami berehat di taman, membiar Eizzah dan Damia melepas gian bermain di situ. Penuh padang dengan orang yang bersantai menikmati sinaran mentari yang sekian lama asyik diliputi dengan kesejukan. Pelbagai ragam manusia diperhatikan.
Sudah diduga, Joe tidak sabar untuk memulakan BBQ, sibuk menelefon mengajak memulakan majlis. Tengahari hampir jam 1.45, majlis dimulakan. Alhamdullillah, semua pakat-pakat hadir dan memeriahkan majlis BBQ. Ikan Mackerel diperap dengan resepi istimewa dibakar pada tengahari tersebut. Tradisi sebelumnya, BBQ ayam dan kambing kini ditukar dengan BBQ Ikan la pula. Tidak cukup dengan itu, ikan bakar percik pun ada. Dan makanan yang dibawa makin bertambah. Penutupnya dengan laksa pula tu.

Dekat pukul 3 petang, E dan keluarga tiba dari London. Sempat tu, jenuh tekan minyak balik ke Leeds. Semua disebabkan ikan fresh, lain dari ikan Morisson atau market.


Sedar-sedar sudah masuk pukul 4 petang. Kawan-kawan pun ada yang telah berundur. Memang syok kali ini, dengan BBQ ikannya, dengan panas dan cerah siangnya. Sempoi pula tu, ada ABC istimewa, lupa nak cerita.
Petang jam 6 ada takraw lagi. Kena balik rehat dulu. Perut pun sudah kenyang.

mak eh,….
meriah sungguh eh….
bestnyer….
waaahhh….bestnyer makan ikan bakaq. ada laksa la plak, rasa macam dok malaysia!
wahhhh bestnyer bbq
Somehow i missed the point. Probably lost in translation
Anyway … nice blog to visit.
cheers, Lipidic
.