Puas – Sehari Yang Memenatkan
Sabtu sehari yang memenatkan. Dari pagi hingga ke malam, jadual harian penuh. Penat dalam kepuasan.
Awal pagi, bersiap-siap dan menyimpan rumah untuk majlis harijadi Eizzah. Eizzah dan Damia membantu mengemas juga, lebih menyemak dari berkemas rasanya. Isteri di dapur memasak.
Jam 11 pagi, pergi ke Beeston bersama beberapa rakan Holborn untuk membantu Isma berpindah rumah ke Holborn. Bertambah satu keluarga lagi di Holborn. Minggu lepas, sudah 4 keluarga berpindah ke Holborn memasuki blok yang baru siap di refurbished.
Memindah barang-barang keluarga Isma sungguh mencabar, barangnya sungguh banyak dan diiktiraf secara tidak rasmi oleh rakan-rakan sebagai pemindahan terhebat, terbesar keluarga Melayu. Angka tidak rasmi, rasanya 5 kali trip mengangkat barang. Proses pemindahan barang berlanjutan hingga ke malam. Ramai rakan-rakan yang turut serta membanting tulang menolong.
Usai pusingan kedua mengangkat barang, rakan-rakan menjamu selera di luar kediaman bersama dengan majlis harijadi Eizzah. Juadah bertambah, ‘kari kepala ikan Penang sudah mai’. Cadangan untuk pekena ‘nasi kandar’ menjadi dengan kari kepala ikan, telur, bendi ditambah daging masak hitam dan ayam goreng. Itulah dia, penat dalam kepuasan. Sungguh berselera, sungguh meriah peristiwa hari sabtu ini.
Kami bersantai di luar rumah, berehat sementara untuk pusingan mengangkat barang seterusnya dan seterusnya.
Sebelah malamnya, buat pertama kalinya, Garaj Membara dibuka kembali setelah dibekukan sejak kedatangan musim sejuk tahun lepas. Sibuk pula di garaj, BBQ udang dan ikan. Bersembang hingga ke larut malam. Letih siangnya terlupa begitu sahaja. Jam 2.30 pagi masing-masing berundur diri. Esok carboot menanti.

pusingan pertama...
Lagi celoteh gambar:

Eran sudah pancit...

beratur sebelum membuat barisan melalui tangga ke tingkat atas

bergaya dengan nasi + kari kepala ikan

Roslan khusyuk dengan kari kepala ikan...buat2 tak layan sembang rakan sebelah

Garaj Membara - BBQ kembali

mmm…sedapnya kari kepala ikan… pandainya Sharifah masak…
Bukan Syarifah masak kari kepala ikan hari tu… member penang masak… syarifah buat yang the rest