Pancing di Bangor Lagi

gang garaj pergi memancing
Sebuah catatan lepas pasal pancing, lalu aktiviti pancing macerel di Bangor menjadi kenyataan selepas ditunda jadual sebenarnya. Malam sebelum paginya bertolak, mesyuarat ringkas berkaitan persediaan ke Bangor yang diadakan di ‘Garaj Membara Bukit Utara’. Yang hadir, hanya mereka yang berkelapangan hendak ke Bangor.
Pagi Sabtu 04/04/09 jam 8.30 pagi kami bertolak dari Holborn ke Bangor dengan menaiki Totota Estima/Previa milik Azmi Universiti. Kami seramai 6 orang termasuk Azmi, Sarjan E, Mizi, Zubir dan aku sendiri serta Joe yang sebelumnya masih lagi samar-samar ‘Sabut’ (30 minit sebelum bertolak membuat keputusan untuk turut serta).
Cuaca pagi sabtu ini agak baik, mendung di awal pagi dan bersinar panas di tengharinya. Seperti yang dijangka, kami tiba di Bangor, lokasi memancing pada jam 12.30 tengahari. Sebelumnya singgah di Bangor mengambil rakan pancing, Ali di sana sebelum singgah lagi di kedai pancing Texaco untuk membeli serba sedikit barangan pancing tambahan.
Tiba di tempat memancing setelah meredah padang dan tebing, kami memasang khemah perteduhan. Awan mendung tiba-tiba menyelimuti suasana. Sesekali sinaran mentari menembusi awan. Selepas semua barang disimpan di dalam khemah, setengah darinya mula bersarapan terlebih dahulu, setengah darinya mula memasang joran.
Sepetang kami memancing, adat memancing, kesabaran di tahap tinggi. Nampak gayanya belum bermula lagi musim macerel ke tebing laut. Ombak agak kuat dengan angin bertiup kencang. Permukaan laut berombak kotor. Air pasang agak lewat, hari semakin larut ke petang. Tiada hasil untuk pancing kali ini. Kelihatan muka-muka hampa, masa semakin singkat, perlu ubah rancangan. Kami tidak mahu tunggu hingga ke malam.
Ali mencadangkan untuk mencuba tangkap ketam di jeti pula. Cadangan dipersetujui, untuk tidak balik dengan tangan kosong. Selepas pergi mengambil sangkar di rumahnya, kami bergerak ke jeti di Menai, Bangor.
Berbekalkan umpan ayam, kami berjaya menaikkan sebilangan ketam di jeti. Aku mencuba kembali membaling joran di jeti bersama dengan Sarjan E. Akhirnya, umpan dimakan ikan hering. Malam semakin larut, mungkin sudah jam 10 malam.
Sementara kawan-kawan pergi membeli kebab untuk makan malam, kami masih lagi menaikkan ketam di jeti. balik ke rumah Ali untuk makan malam dan solat. Lewat malam kami pulang ke Leeds tanpa ikan macerel tetapi dengan hasil ketam yang dibahagi bersama rakan-rakan yang turut serta. Suatu pengalaman baru untuk aku, menangkap ketam di jeti.
Paling tidak, kami telah diberitahu lubuk ikan Seabass (siakap) di Bangor selain tempat menagkap ketam dan macerel. Trip memancing untuk musim panas tetap akan diteruskan nanti. Kami bersedia lagi ke Bangor untuk membaling joran.












Salam bro.. Saya cadangkan kita buat pautan antara blog2 pancing.Amacam?Kurang-kurangnya kita dapat menambahkan pengetahuan…Saya pautkan blog saudara di blog baru saya di jemuduk.blogspot.com