Rumah > Coretan Perantau, riadah > Bersampan di Knaresborough

Bersampan di Knaresborough

20090628-knaresborough-02_resize

River Nidd, Knaresborough

Seminggu sudah mak, ayah dan adik balik ke Malaysia, terasa kesunyian sangat di rumah. Kami kembali kepada kehidupan biasa seperti hari-hari sebelumnya. Damia sehari dua selepas mereka pulang ke tanahair, selalu juga menjeguk ke bilik mencari Mak Toknya.

“Damia, mana Mak Tok?” Eizzah menyoal adiknya.

“Mak Tok balik Malaysia.” Damia menjawab, seolah mengerti lambaian di pagi itu.

“Mana Tok Wan?” lagi Eiizah menanyakan kepada Damia.

“Tok Wan balik Malaysia.” Damia pantas menjawab dengan loghatnya.

“Pak Teh pegi keje.” di jawabnya tanpa perlu disoal pula.

Benar, hari-hari ceria sebulan lamanya berlalu sudah. Tiada lagi sebelah petangnya, Damia bermain ditemani Tok Wannya di luar rumah. Memori sebulan itu memori indah.

Selepas menghantar mereka ke lapangan terbang di Manchester tempohari, cadangnya untuk bersama kawan-kawan lain berehat dan berkelah di sungai Ilkley, tetapi kudrat yang ada – menghalang, penat dan kurang tidur sebelah malamnya. Tambah pula, waktu itu ada kekosongan yang menghimpit jiwa. Kami bersama keluarga cuma berehat di rumah, berbual bercerita pengalaman sebulan bersama mak, ayah dan adik.

Hari ahad kami ke carboot Ripley yang diadakan sebulan 2 kali sahaja. Usai bercarboot, kami terus ke pekan Knaresborough berhampiran untuk berkelah bersama kawan-kawan Holborn. Ini kali kedua ke sini, tempat yang sama di taman bersebelah Sungai Nidd.

Bersama-sama kawan-kawan berkelah berkongsi makanan yang di bawa cukup menyeronokkan. Kanak-kanak sibuk pula berlarian meninjau kawasan. Selesai makan, kami berjalan kaki melintasi jalan ke arah tambang sampan. Bayaran dikenakan untuk dewasa £4 dan kanak-kanak £3 untuk bersampan selama sejam. Bersampan di Sungai Nidd ke hulu ke hilir. Keadaan cukup tenang dan menenangkan di samping cuaca panas seminggu di UK.

20090628-knaresborough-01_resize

santai sambil berkelah

20090628-knaresborough-04_resize

River Nidd, Knaresborough

20090628-knaresborough-03_resize

Tamat tempoh

Categories: Coretan Perantau, riadah Label:, ,
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.