MSCL Futsal 2009

Pasukan-pasukan yang berentap
Temasya futsal sehari tahun ini diadakan di padang Beeston. Sambutan rakan-rakan yang menjayakan program ini amat menggalakkan. Sebanyak 5 pasukan mengambil bahagian di mana setiap pasukan mempunyai 10 orang pemain.
Pasukan-pasukan yang terlibat merupakan pasukan seperti tahun lepas yang mewakili kawasan. Cuma pada tahun ini, pasukan Beeston United dibubarkan dan pemainnya dipinjam khidmat untuk pasukan lain. Menariknya, pasukan baru telah muncul dari kawasan Wodsley yang berjaya mencuri tumpuan mengugat pasukan lawan. Begitu juga satu lagi pasukan campuran kawasan, yang pada awalnya berjaya mengikat perlawanan setiap pasukan lawan tetapi akhrinya terpaksa akur jua.
Berikut keputusan perlawanan futsal tempohari yang diadakan pada hari Sabtu, 4 Julai 2009.
- Johan – Garaj Membara FC
- Naib Johan – Songgoro Api FC
- Ketiga – ‘Kaki Libas’ Kirkstall
- Keempat – Wodsley FC
- Kelima – Sayur Campur United
Tahun ini, pasukan ‘Garaj Membara FC’ telah berjaya merangkul tempat pertama berbanding tahun lepas mendapat tempat ketiga. Johan tahun lepas, ‘Songgoro Api FC’ sekadar berpuas hati di tempat kedua.
Kepada rakan-rakan, pihak penganjur Biro Sukan & Rekreasi MSCL, pihak urusetia dan pihak-pihak yang memberi sumbangan yang turut serta pada temasya futsal ini diucapkan syabas dan terima kasih. Baik menang atau kalah, semua itu tidak bermakna sekiranya ukhwah dan kemeriahan tidak dapat dipupuk pada hari tersebut. Semoga di tahun akan datang, semangat hebat yang sebegini ditunjukkan oleh semua yang terlibat.
