Rumah > Coretan Perantau, Nilai Hidup, Trip > Rombongan ke Grassington

Rombongan ke Grassington

20090710-grassington_480-11Untuk tahun ini, sekali lagi School of Process, Environmental and Materials Engineering (S.P.E.M.E) University of Leeds mengadakan lawatan ke luar. Destinasi adalah sekitar kawasan di Grassington, North Yorkshire.

Tahun lepas, aku tidak ikut serta lawatan ke Skipton, tetapi Eizzah yang pergi bersama ibunya. Tahun sebelum itu, kami sekeluarga bersama rombongan ke Bolton Abbey.

Rombongan bertolak pada jam 9.30 pagi dan sampai ke sana 45 minit kemudiannya dan pulang semula ke Leeds pada jam 3.30 petang. Aktivitinya semperna musim panas ini adalah berjalan kaki sepanjang ‘national park’ di Grassington. Alhamdullillah, cuaca tidaklah sepanas minggu lepas, awan redup bergumpal di atas.

Kami menuruni jalan ke taman negaranya hingga bertemu sebuah jambatan, sungai yang mengalir arus perlahan. Dibuat beberapa halangan membentuk air terjun rendah di sungai tersebut bagi menarik perhatian pelancong.

Kemudiannya kami berjalan sepanjang sungai tersebut memasuki hutan simpannya. Dari sini merentasi bukit hingga ke kawasan padang yang lapang. Sepanjang perjalanan tersebut, terdapat deretan loggokan batu yang dibuat pagar. Kata Prof. yang mengepalai kumpulan kami, ini adalah antara ‘trademark’ di Yorkshire. Kami diberi sedikit penerangan berkaitan kawasan tersebut. Hamparan batu yang berabad lamanya menjadi mercu sejarah di situ. Sekali sekala kami berhenti rehat sebentar untuk melepaskan lelah dan menikmati bekalan makanan yang dibawa.

20090710-grassington_480-06

merentasi hutan simpan

Kami meneruskan perjalanan menuruni bukit semula ke pekan Grassington. Permandangan ‘country side’ memang mengasyikkan, tenang dan damai. Singgah di pekan Grassington, sebuah pekan lama yang masih lagi mengekal tradisinya sebelum berangkat pulang dengan bas pertama. Bas kedua bergerak setengah jam kemudiannya.

Rakaman foto selepas ini;

20090710-grassington_480-01

di hadapan National Park Centre, Grassington

20090710-grassington_480-02

selepas diberi taklimat ringkas, perjalanan merentasi kawasan National Park dimulakan

20090710-grassington_480-03

aliran air sungai berhampiran titi gantung

20090710-grassington_480-04

melalui laluan jalan kaki sepanjang tebing sungai

20090710-grassington_480-05

berehat sambil makan sandwich yang dibekalkan

20090710-grassington_480-07

sesat!! kami berpecah dari kumpulan besar yang melalui jalan jauh sementara kami mengikuti jalan pintas memasuki hutan simpan

20090710-grassington_480-08

longgokan batu yang dibina sebagai pagar untuk menjadi tembok antara sempadan kawasan

20090710-grassington_480-09

tiba di dataran padang yang luas

20090710-grassington_480-10

bergambar di hamparan batu di dataran padang bersama kumpulan kecil kami

20090710-grassington_480-12

tibanya masa untuk bergerak ke pekan Grassington dari atas dataran bukit

20090710-grassington_480-13

tiba di pekan Grassington

20090710-grassington_480-14

antara deretan kedai di pekan Grassington

  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.