Sesegar di Ladang Epal


20091010-applefarm-400-06

Epal yang segar, merah dan manis

Alhamdullillah, sabtu 10-10-09 diberi ruang dariNya untuk menjengah ke ladang epal di Chester. Pagi sabtu yang damai kami sekeluarga bersama abah bertolak ke Chester disertai dengan keluarga E dan Zubir serta isteri. Perjalanan 1 jam 45 minit itu, akhirnya tiba di ladang yang dimaksudkan.

Malangnya, di ladang tersebut kami diberitahu musimnya telah tamat, dibenarkan masuk ke ladang lagi kerana buah-buah epal sudah kekurangan. Dari jauh kelihatan ‘kontang’ pepohon epal di ladang tersebut. Cuma kedai ladang yang dibuka untuk memudahkan pelanggan membeli hasil ladang. Sebelahan kedai ladang terdapat kebun-kebun labu dan bunga matahari. Semuanya sudah dipetik hasil. Kami cuma memerhati, kecewa mula terasa. Perjalanan jauh dikira hampa, ada kawan sudah memberitahu musim epal sudah habis.

Tiba-tiba teringat rakan dari Manchester, Anas yang pernah dirakamkan gambar-gambar ke ladang epal suatu ketika dahulu di facebook. Lalu bertanyakan lokasi tersebut kepadanya. Sedang, Jayhan pula bertanya lokasi lain kepada penjual di kedai ladang. Berbaik hati, pekedai tersebut melukiskan peta arah ke lokasi yang dimaksudkan. Rupanya, peta arah dan poskod yang diberi Anas menuju ke ladang yang sama yang terletak tidak jauh dari situ. Mendung berarak pergi, bersinar kembali mentari, begitu juga kami.

20091010-applefarm-400-11

di hadapan kedai ladang bersama hasil

Kami tiba di Eddisbury Fruit Farm. Kebetulan berjumpa pula rakan-rakan dari Manchester, bertegur sapa sebentar, bersalam Aidilfitri. Langsung, kami mula bergerak ke ladang epal di seberang jalan. Dikatakan terdapat 20 spesis epal ditanam di situ antaranya Gala, Bramley, Kidds Orange dan sebagainya. Pelbagai saiz dan warna epal di sana.

Terdapat deretan pokok-pokok plum berhampiran. Satu beg plastik yang diberi digunakan untuk mengisi buah-buah plum tersebut. Selesai memetik buah-buah epal dan plum, kami menyeberangi jalan ke kedai ladang untuk menimbang hasil kutipan. Kemudiannya bergerak ke ladang buah pear dan rasberi pula. Buah-buahan di sini cukup manis.

Sambil memetik buah-buah untuk diisi ke dalam beg plastik, sambil makan buah untuk merasa kesegaran dan kelazatan asli buah-buahan dari ladang. Orang kata makan selagi boleh. Pengalaman baru ke ladang epal kali ini cukup menarik. Memang berbaloi datang dari jauh untuk memetik buah-buahan kali ini.

Saat kesegaran di ladang ‘Petik Sendirilah!’:

6 thoughts on “Sesegar di Ladang Epal

  1. Hello just wanted to give you a brief heads up and let you know
    a few of the images aren’t loading properly. I’m not sure why but I think its a
    linking issue. I’ve tried it in two different browsers and both show the same results.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s