2 hari lagi
Ok, ada 2 hari lagi atau kurang. Alhamdullilah, barang yang besar-besar dah selamat bungkus untuk dimuatkan ke kontena pagi sabtu ni. Terima kasih, bantuan terakhir dari Abang Man dan Encik Ahmad serta Jaid dan Amir.
Sekarang nak kemaskan barang-barang terakhir yang masih lagi terpacak menunggu masa, yang ni kena penuh konsentrek dan kasih sayang untuk membeleknya.
Pagi tadi sibuk ke Leeds Market cari bahan mentah untuk jamuan majlis angkat barang. Sempat lagi melilau kat carboot hari khamis di market bersama Bang Man, Nizam dan Azmi. Terakhir menjenguk ke sana. Pusing-pusing dan ambil gambar Bandar Leeds pun belum.
Esok lepas Jumaat kena betul-betul siapkan baranf berbungkus. Malam ada pertarungan terakhir juga di stadium, layan Fifa PS3.
Garaj membara, bbq terakhir di Holborn ada dalam perancangan juga, tapi saat ini teringat rakan-rakan garaj membara yang telah balik ke Malaya, semangat depa lain.




madie & family, selamat kembali bertugas utk ibu pertiwi. nanti mai rumah yer
pitt
Mac 14, 2011 at 9:01 am
Insyaallah Apit..nanti kita edjas time
Madie
Mac 24, 2011 at 4:57 am
waahh welcome home….eh terkecek omputih plak…
selamat pulang… madie..cik pah n anak2…..
fauziah
Mac 14, 2011 at 10:49 am
Terima kasih g
Madie
Mac 24, 2011 at 4:56 am